Monday, 22 February 2016

Resepi Marble Yogurt Cupcake


Bahan bahan:
.
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam halus
3/4 cawan mentega suhu bilik
3/4 cawan gula kastor (asalnya 1 cawan tapi saya kurangkan)
2 biji telur gred A suhu bilik
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan plain yogurt
.
Caranya:
.
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius, api atas bawah.
.
2. Dalam mangkuk, ayak bersama tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam halus lalu ketepikan.
.
3. Pukul bersama mentega dan gula kastor pada kelajuan perlahan hingga sebati lalu naikkan kelajuan ke maksimum dan putar selama 5 minit.
.
4. Turunkan kelajuan ke sederhana lalu masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul.
.
5. Masukkan esen vanila dan pukul sebati.
.
6. Turunkan kelajuan pada perlahan lalu masukkan tepung selang seli dengan plain yogurt dimulakan dengan yogurt dulu, akhir sekali tepung.
.
7. Bahagi adunan kepada nisbah 3/4 dan 1/4.
.
8. Yang 1/4 tu dicampur dengan serbuk koko lalu gaul sebati. Kalau pekat sgt, tambah sedikit adunan plain.
.
9. Sediakan acuan cupcake dan papercup. Jika suka, boleh masukkan dlm piping bag. Kalau malas, guna sudu je. Masukkan adunan plain dalam papercup hingga habis baru masukkan adunan coklat. Kemudian, lorekkan.
.
10. Bakar selama 20 minit.


sumber
https://www.facebook.com/bukuresepi/photos/a.114099565345358.27527.114097825345532/969185489836757/?type=3&theater

Resepi Blueberry Crepe


Bahan-bahan :
.
Bahan-bahan- Adunan Crepes :
.
- 3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
- 4 sudu besar rata tepung kastard
- 4 sudu besar rata tepung jagung
- 2 sudu besar rata tepung ubi
- 3 biji telur-di kocok2 je

- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar gula halus
- 1/4 sudu teh garam
- 250 ml susu cair- suhu bilik
- 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
- Pewarna purple- optional
.
Cara-cara
.
- Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
.
- Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
.
- Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
- Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
.
- Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
AWAS!! : Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
.
-Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
.
Bahan utk Inti
.
- 1 cawan non dairy whip cream
- Blueberry filling secukupnya
.
Caranya.
.
- Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
- Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.
.
Cara Penyediaan
.
- Kepingan crepe ~ secukupnya
- Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
- Blueberry filling- secukupnya~ s
- Letakkan sekeping crepe
- Letakkan non dairay whip cream di atasnya
- Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
- Tutup kembali denga non dairy whip cream
- Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
- Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin.


sumber
https://www.facebook.com/bukuresepi/photos/a.114099565345358.27527.114097825345532/970966126325360/?type=3&theater